PUSAT SUMBER SKTPSP

Profil Pusat  Sumber SKTPSP

Picture
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah di buka pada bulan Januari tahun 2003. Iaitu sejak bermulanya sesi persekolahan yang dibuka pada tahun 2003.

            Pada mulanya Pusat Sumber ini tidak mempunyai alatan yang lengkap seperti seperti bahan buku, bahan bukan buku dan surat khabar. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, kini Pusat Sumber telah mempunyai  alat-alat yang perlu untuk sebuah Pusat Sumber sekolah.

            Pusat Sumber telah disediakan dengan sebuah perpustakaan yang luas, Pusat Access Teknologi Maklumat dan Bilik Tayangan. Perpustakaan dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan dan rujukan, Pusat Acsess Teknologi Maklumat pula dilengkapi dengan 10 buah komputer dan printer untuk kemudahan warga sekolah. Manakala di dalam bilik tayangan pula  dibekalkan dengan sebuah televisyen, LCD dan kelengkapan-kelengkapan  yang lain.

            Kini Pusat Sumber boleh digunakan untuk semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

Paragraph.

Visi, Misi, Moto, Matlamat dan Objektif.

VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

MISI

Menjadikan Pusat Sumber sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat.

 

MOTO

Pusat Sumber sekolah kearah kecemerlangan budaya ilmu dan teknologi.

 

OBJEKTIF 

  • Menyediakan sumber-sumber ilmu yang sesuai bagi kemudahan guru dan murid.
  • Menyediakan tempat untuk merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengumpul. Menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan murid.
  • Membudayakan penggunaan teknologi maklumat bagi para guru dan murid selaras dengan perkembangan ICT masa kini.
  • Memastikan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan murid lengkap dan diaplikasikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
 

MATLAMAT

  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin seterusnya membantu sahsiah murid supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan murid dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan computer.
  • Melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 

LOKASI 

Pusat Sumber SKTPSP terletak di aras 2 bangunan dan berada di sebelah kanan pejabat pentadbiran sekolah.

 

CARTA ORGANISASI

  

 

 

 

 



 









Click here to upload file

KOLEKSI GAMBAR

Picture

Pusat Akses Teknologi Maklumat

Picture

Ruang tamu pusat sumber

Picture

Sudut barangan antik

Picture
Picture

                                                                                  attach by zizah...

                                                                                                   thanks to min for help...